X

Kindly register in order to view this article
!

Cadang pindah Pusat Kualiti Alam

Keadaan stor Pusat Kualiti Alam Sdn Bhd yang terbakar.
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri akan membincangkan cadangan memindahkan Pusat Kualiti Alam di Sendayan ke kawasan yang lebih sesuai bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kerajaan akan bertindak bagi mengatasi masalah itu memandangkan kawasan perumahan dan Pusat Kualiti Alam hanya pada jarak 500 meter.

Menurutnya, kebakaran yang memasuki kali ke dua ini merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius.

"Ini (kebakaran) merupakan kali ke dua berlaku, pertama pada tahun 2015, yang menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan perumahan di Sendayan, hari ini berlaku juga perkara yang sama, cuma tidak seteruk dulu.

"Punca kebakaran masih lagi dikenalpasti, tetapi untuk makluman awal saya dimaklumkan oleh pasukan Hazmart bomba kebakaran mengakibatkan Falmmable Liquid dan pelbagai bahan mudah terbakar lain, yang dikumpulkan dalam stor bahagian luar Pusat Kualiti Alam ini, namun punca sebenar masih belum dapat dikesan," katanya.

Katanya, asap tebal yang dihasilkan dalam kebakaran itu boleh memudaratkan kesihatan, namun pihaknya belum mengetahui bahan terbakar tersebut secara terperinci.

Dalam pada itu, Veerapan memberitahu, matlamat untuk menutup Pusat Kualiti Alam merupakan salah satu manifesto dalam PH Negeri Sembilan.

Stor pengumpulan sisa buangan bahan kimia terjadual, Pusat Kualiti Alam Sdn Bhd di sini terbakar kira-kira jam 12 tengah hari, menyebabkan asap hitam dan tebal kelihatan pada jarak lebih lima meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Stor kualiti alam terbakar

Tambah Veerapan, semasa kejadian pasukan bomba dan penyelamat yang bertugas di Pusat Kualiti Alam telah melakukan kerja-kerja pemadaman, namun gagal menyebabkan mereka meminta bantuan daripada pasukan Bomba dan Penyelamat Seremban 2.

"Seramai 20 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran.

"Bagaimana pun tiada melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa," katanya.

Sementara itu, jurucakap Kualiti Alam Sdn Bhd, Ismawati Mohd Shah berkata, kejadian yang berlaku itu merupakan salah satu tempat transit pengumpulan sisa buangan terjadual yang terletak di bahagian luar, tidak membabitkan struktur bangunan dalaman.

Katanya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan, dan pihaknya kini bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan serta pihak polis untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!