Dadah babit pelajar: JPN bincang dengan AADK

Muhammad Zahari
Muhammad Zahari
A
A
A
KOTA BHARU - Perbincangan secara inklusif dibuat antara Jabatan Pendidikan Kelantan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menangani isu penglibatan pelajar dalam kancah dadah.

Pengarahnya, Muhammad Zahari Othman berkata, pelajar yang didapati tegar dengan jenayah itu, akan dirujuk kepada AADK, menerusi kerjasama ibu bapa, agar tindakan selanjutnya boleh diambil.

Ini katanya, merupakan tindakan terakhir selepas usaha lain iaitu sesi kaunseling di peringkat sekolah.

"Sesi itu dibuat oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, tertumpu kepada pelajar yang berisiko terlibat dengan penagihan atau pengedar dadah.

"Kami memandang masalah itu dengan penuh tanggungjawab selain daripada memberikan tumpuan kecemerlangan kepada pendidikan negeri itu," katanya, selepas membuat Pemantauan Hari Pertama Persekolahan di Maktab Sultan Ismail, pagi tadi.
Artikel Berkaitan:


Sebelum ini menerusi saringan ujian air kencing yang dijalankan oleh AADK sehingga Oktober lalu, seramai 1,709 pelajar sekolah menengah seluruh negara berisiko terlibat dengan dadah.