Satu juta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Tahun Baharu Cina, awal Ramadan

Mohd Yusoff (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.
Mohd Yusoff (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menjangkakan hampir satu juta kenderaan memasuki negeri ini sempena cuti Tahun Baharu Cina dan sambutan awal Ramadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jangkaan itu berpandukan kepada tempoh cuti panjang melibatkan kedua-dua sambutan tersebut.

"Sudah menjadi trend anak Kelantan yang bekerja di perantauan pulang untuk menyambut awal Ramadan dan seterusnya berpuasa bersama keluarga di kampung.

"Kami jangkakan peningkatan kemasukan kenderaan susulan cuti Tahun Baharu Cina serentak dengan awal Ramadan," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu, beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memberitahu, Polis Kelantan akan melancarkan Ops Selamat bermula 15 hingga 20 Februari bagi memastikan perjalanan trafik berjalan lancar.

Ujarnya, tumpuan akan diberikan di kawasan 'hot spot' sekitar Gua Musang.

"Kami juga akan menempatkan lebih ramai anggota bagi melancarkan aliran trafik sepanjang tempoh tersebut.

"Pada masa sama, kita sudah mengenal pasti titik-titik panas kawasan kemalangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan menjangkakan hampir satu juta kenderaan memasuki negeri ini sempena cuti Tahun Baharu Cina dan sambutan awal Ramadan
  • Jangkaan bertambahnya kenderaan adalah kerana tempoh cuti panjang kedua-dua sambutan tersebut
  • Adalah trend anak Kelantan pulang ke kampung untuk berpuasa bersama keluarga sempena awal Ramadan
  • Ops Selamat akan dilancarkan oleh Polis Kelantan dari 15 hingga 20 Februari untuk memastikan kelancaran trafik
  • Tumpuan Ops Selamat adalah di kawasan 'hot spot' seperti Gua Musang dan akan menempatkan lebih ramai anggota polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!