Iktiraf UEC: Kedah tunggu keputusan Kabinet

Mukhriz (dua dari kiri) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (kanan) melawat gerai pameran di Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di Alor Setar hari ini. - Foto Mukhriz Mahathir FC
Mukhriz (dua dari kiri) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (kanan) melawat gerai pameran di Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di Alor Setar hari ini. - Foto Mukhriz Mahathir FC
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah masih menunggu keputusan Kabinet dalam mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam negeri.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, di peringkat negeri, pihaknya tidak berhak membuat sebarang ketetapan berhubung perkara itu.

Menurutnya, difahamkan perkara tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan perlu menunggu sebarang keputusan di peringkat Persekutuan sebelum digunakan di peringkat negeri kerana perkara tersebut tertakluk di bawah dasar pendidikan negara.

"Ini adalah keputusan Kabinet. Kami menanti keputusan Kabinet dan bukan hak kerajaan negeri untuk membuat keputusan itu. Saya difahamkan ia masih lagi di peringkat perbincangan.

"Namun apa jua keputusan (jemaah menteri) akan kami guna pakai di peringkat negeri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di sebuah hotel, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persetujuan kerajaan Sabah yang dilaporkan mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie berkata, di Sabah terdapat sembilan sekolah atau institusi pengajian yang menawarkan UEC dan pada masa ini terdapat 1,153 pelajar di peringkat rendah dan 583 di peringkat tinggi dan mereka menduduki dua peperiksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabah iktiraf UEC sebagai syarat masuk IPTA, perkhidmatan awam negeri

Artikel Berkaitan:

Iktiraf UEC: Kerajaan masih tunggu laporan jawatankuasa kajian

Jawatankuasa Khas UEC bentang kajian esok