Penjawat awam Kedah terima bantuan khas RM400

Muhammad Sanusi (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman.
Muhammad Sanusi (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM400 kepada 5,600 kakitangan awam di negeri ini bagi membantu meringankan kos sara hidup mereka.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam pada 27 Julai lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengikuti langkah kerajaan Persekutuan ketika itu kerana pembayaran dibuat terlalu hampir dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan dibimbangi ia dikaitkan dengan sogokan pilihan raya.

"Kerajaan negeri putuskan pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam ini kerana Perdana Menteri telah umumkan pemberian ini di Persekutuan sebanyak RM300 sebelum ini.