SSM lantik Dr Azman Hussin Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Dr Azman Hussin
Dr Azman Hussin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melantik Dr Azman Hussin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Dr Azman adalah ketua pegawai eksekutif yang keenam sejak penubuhan SSM pada 2002 dan beliau menggantikan Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner yang bersara wajib hari ini.

Dr Azman mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang keusahawanan, korporat, teknologi dan strategi perniagaan serta memiliki Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Fizik dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat dan kedoktoran dalam bidang pengurusan dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau antara lain pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Silicon Vision Corporation, TSI-Telsys Corporation yang disenaraikan di Bursa Saham Montreal, Kanada, selain pernah bekerja dalam bidang strategi korporat di Qatar Steel Company dan Ooredoo (dahulunya Qatar Telecom).

Di samping itu, beliau mengajar dan melatih dalam bidang strategi di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Jordan dan Malaysia.

Beliau juga pernah menulis beberapa buah buku yang dipasarkan ke peringkat antarabangsa termasuk penerbitan bertajuk ‘Higher Objectives of Humanity’ dan ‘Prophet Muhammad the Hallmark of Leadership’. -Bernama

Artikel Berkaitan: