X

Kindly register in order to view this article
!

Jumpa batu ratusan tahun tertera kalimah ALLAH

Napisah (kanan) dan Mustaqim (dua,kiri) menunjukkan batu yang terdapat pada belahan batu terbabit.
A
A

PADANG SERA - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jerlun di sini dikejutkan dengan penemuan batu dipercayai ratusan tahun di tapak pembinaan pagar asrama sekolah terbabit.

Batu yang turut tertulis kalimah ALLAH itu ditemui oleh seorang pekerja kontraktor, Mohd Mustaqim Rozaini, 33, pada 11 September lalu.

Mohd Mustaqim berkata, ketika itu dia bersama dua lagi rakannya sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan pagar kira-kira jam 11.30 pagi.

"Saya sedang mengorek tanah di kawasan tersebut sebelum cangkul terkena batu berkenaan lalu terbelah dua.

"Saya terkejut melihat kalimah yang terdapat pada belahan itu dan menunjukkannya kepada rakan sekerja sebelum dimaklumkan kepada pihak sekolah.

"Saya sangat kagum kerana sejak bekerja dalam bidang ini beberapa tahun lal, ini kali pertama saya melihat sendiri tulisan berbentuk kalimah ALLAH ini," katanya.

Batu yang dipercayai ratusan tahun tertera kalimah ALLAH.
Batu yang dipercayai ratusan tahun tertera kalimah ALLAH.

Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Napisah Salleh berkata, pihaknya sepakat untuk menyimpan batu yang dipercayai berusia ratusan tahun tersebut di sekolah mereka.

"Asalnya tapak sekolah ini adalah tanah bendang dan saya difahamkan kontraktor menggunakan tanah bukit untuk menambak kawasan bendang terbabit.

"Jadi saya percaya batu tersebut berada bersama timbunan tanah berkenaan," katanya.

Tambahnya, kejadian itu cukup menakjubkan warga sekolah apatah lagi struktur batunya yang licin dan hanya terbelah ketika diketuk.

"Belahan batu itu juga cukup sempurna seakan-akan buah kelapa yang dibelah dua, sikit pun tidak tersepih,"katanya yang akan merujuk kepada pakar dalam bidang berkenaan untuk mengetahui jenis dan usia batu terbabit.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!