Pemergian Dr Farid suatu kehilangan besar

No Image Caption
A
A
A

PONTIAN - Pemergian Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik disifatkan sebagai suatu kehilangan besar kepada penduduk di Pontian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman menyifatkan Allahyarham sebagai seorang wakil rakyat seorang yang sentiasa memberi perkhidmatan dan bekerja keras untuk masyarakat.

Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu, kehadiran rakan-rakan dan penduduk setempat membuktikan hubungan akrab Allahyarham yang dikenali sebagai seorang yang mesra dan baik.

"Saya masih terkejut dengan berita pemergian Allahyarham. Saya kenali Allahyarham ketika pilihan raya umum lepas dan dia sangat ramah serta tidak kekok berkongsi pengalaman.

"Pemergian Allahyarham disifatkan kehilangan besar kepada penduduk di Pontian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri di JPM meninggal dunia

Dr Md Farid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) berkata, meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham yang juga Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng dengan memperolehi 21,255 undi.

Artikel Berkaitan: