X

Kindly register in order to view this article
!

Roboh rumah: UMNO terkilan sikap MB Selangor

Mat Nadzari bertemu penduduk yang tinggal dalam khemah selepas rumah mereka dirobohkan bagi laluan projek pelebaran sungai di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.
A
A

SUNGAI BULOH - Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan melabel Menteri Besar, Amirudin Shari sebagai seorang yang bongkak berhubung isu perobohan rumah di pinggir Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir kelmarin.

Mat Nadzari akui, beliau terkilan apabila Amirudin mengaitkan isu kebajikan rakyat yang diperjuangkan oleh blok pembangkang sebagai permainan politik.

"Tak wajar seorang menteri besar, seorang pemerintah cakap seperti itu. Itu jawapan orang yang bongkak.

"Pada saya, masalah yang perlu ditangani sekarang adalah nasib penduduk ini yang dibiarkan begitu (duduk dalam khemah), sedangkan mereka cuma ada sedikit permintaan, mohon kerajaan bantu siapkan rumah mereka.

"Nak tunggu Rumah Selangorku siap, (ambil masa) dua tahun lagi," katanya yang ditemui pada sesi perjumpaan bersama penduduk terlibat malam tadi.

Rabu lalu, Kerajaan Selangor merobohkan beberapa rumah kediaman penduduk berhampiran Sungai Kedondong bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kawasan ini.
Rabu lalu, Kerajaan Selangor merobohkan beberapa rumah kediaman penduduk berhampiran Sungai Kedondong bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kawasan ini.

Katanya, beliau turut terkilan apabila tiada wakil rakyat daripada kerajaan turun bertemu keluarga terlibat yang sudah memasuki hari kedua sejak kerja perobohan dilakukan.

"Mereka (penduduk) ini diabaikan, tak langsung dijenguk dan dibiarkan saja. Kalau tak nak bantu sangat, bagilah (mereka) makan atau topeng muka dengan keadaan jerebu sementara mereka dapat rumah.

"Janganlah MB cakap macam itu, sombong dan tak manis didengar. Kita (Barisan Nasional) bukan pemerintah, kita turun sebagai tanda prihatin mengajak badan bukan kerajaan sama-sama membantu masyarakat mengikut kemampuan," katanya.

Amirudin pada Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini semalam menganggap pihak yang memainkan isu perobohan rumah bagi projek pelebaran sungai itu umpama menangguk di air yang keruh.

Dalam nada sindiran, beliau turut mengucap terima kasih dan mempersilakan pembangkang untuk terus bermain politik berkait isu itu.

Tegas Amirudin, kerajaan negeri sebelum ini telah pun membuat rundingan dengan pihak terlibat termasuk tawaran dari segi penempatan dan kos perpindahan bagi memberi laluan projek tebatan banjir yang tertangguh sejak 2015.

Semalam, pimpinan UMNO diketuai naib presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat beberapa keluarga yang tinggal dalam khemah selepas tiada tempat tinggal sejak rumah mereka dirobohkan.

Rabu lalu, Kerajaan Selangor merobohkan beberapa rumah kediaman penduduk berhampiran Sungai Kedondong bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kawasan ini.ARTIKEL BERKAITAN 'Rumah diroboh, kami terpaksa tinggal dalam khemah'

ARTIKEL BERKAITAN Roboh rumah: Penindasan kepada rakyat


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!