2,459 sekolah ditutup esok

Pengawal keselamatan, Puan Norasiah meletakkan pengumuman penutupan sementara di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam ekoran jerebu teruk yang melanda negeri ini hari ini. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Pengawal keselamatan, Puan Norasiah meletakkan pengumuman penutupan sementara di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam ekoran jerebu teruk yang melanda negeri ini hari ini. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,459 sekolah membabitkan jumlah pelajar hampir mencecah angka 2 juta di lapan negeri termasuk di Sarawak ditutup esok.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan tidak rasminya sebentar tadi berkata, penutupan membabitkan 911,874 pelajar di 939 sekolah di Selangor, serta 243,972 pelajar daripada 399 sekolah di Pulau Pinang.

Selain itu katanya, sebanyak 296 sekolah membabitkan 217,657 pelajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pelajar daripada 250 sekolah di Perak membabitkan 63,782 pelajar turut ditutup.

“Sebanyak 240 sekolah membabitkan 63,782 pelajar di Perak, 25 sekolah sekitar Putrajaya membabitkan 27,531 pelajar, 124 sekolah di Kedah dengan jumlah 58,241 pelajar.

"Penutupan itu turut melibatkan 53 sekolah di Negeri Sembilan membabitkan 28,073 pelajar serta 373 sekolah di Sarawak membabitkan 157,466 pelajar," katanya.

Dalam perkembangan sama, sekolah di empat negeri turut tidak beroperasi Jumaat ini iaitu melibatkan sekolah di Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu bertambah buruk: JAS

Sekolah di Pulau Pinang, Putrajaya, KL, Selangor ditutup hingga Jumaat

Artikel Berkaitan: