Jerebu: Tiada keperluan tutup sekolah sehingga Jumaat

Dr Mahathir pada sidang media selepas merasmikan Kerangka Dasar Luar Negara Malaysia Baharu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya sebentar tadi. - Foto ZAHID IZANI
Dr Mahathir pada sidang media selepas merasmikan Kerangka Dasar Luar Negara Malaysia Baharu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya sebentar tadi. - Foto ZAHID IZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tiada keperluan untuk menutup sekolah sehingga Jumaat ini berikutan fenomena jerebu yang melanda negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) diambil mengikut keadaan semasa.

"Tidak bolehlah (tutup sekolah). Kita kena tahu banyak mana (IPU bagi sesebuah kawasan)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kerangka Dasar Luar Negara Malaysia Baharu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya sebentar tadi.

Menyentuh mengenai punca jerebu dipercayai dilakukan oleh syarikat Malaysia di luar negara, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menggubal undang-undang agar syarikat yang mempunyai ladang di luar negara bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

"Kami akan minta mereka mengambil tindakan untuk memadamkan kebakaran.

"Sekiranya enggan, kerajaan akan menggubal undang-undang yang menjadikan syarikat berkenaan bertanggungjawab terhadap kebakaran dan harta benda walaupun di luar negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan stesen catat IPU sangat tidak sihat

Artikel Berkaitan: