Raja Muda Perlis berkenan melawat taman asnaf Kelantan

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke taman asnaf ‘Desa Alam Shah’ yang terdapat di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan pagi semalam.

A
A
A

KOTA BHARU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke taman asnaf ‘Desa Alam Shah’ yang terdapat di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Tengku Syarif Panglima Perlis, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.

Program lawatan Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini atas undangan pihak MAIK, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dan Majlis Daerah Pasir Puteh sempena lawatan kerja selama tiga hari baginda ke Kelantan.

Dalam ucapan alu-aluan Tengku Temenggong Kelantan memaklumkan bahawa projek ini merupakan penempatan asnaf fakir dan miskin yang berasaskan agroekonomi dan perbelanjaan pembangunan telah dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama MAIK.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke taman asnaf ‘Desa Alam Shah’ yang terdapat di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan pagi semalam.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke taman asnaf ‘Desa Alam Shah’ yang terdapat di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan pagi semalam.

Ia adalah projek kedua sedemikian rupa oleh pihak LZS di luar Selangor selepas dilaksanakan di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup Perlis melalui penanaman buah rock melon yang mula beroperasi dalam tahun 2013.

Kerja-kerja pembangunan projek penempatan di Kelantan ini pula telah dimulakan pada 15 April 2015 dan telah siap pada 30 April 2016.

Artikel Berkaitan:

Keluasan keseluruhan projek penempatan ini adalah seluas 29 ekar, meliputi kawasan penempatan dan kawasan aktiviti agroekonomi.

Sebanyak 28 buah rumah khusus untuk penempatan keluarga asnaf fakir dan miskin turut disediakan.

Sementara itu, dua rumah untuk dijadikan kuaters kakitangan.

Selain daripada itu, kawasan penempatan ini juga dilengkapi dengan infrastruktur seperti surau, taman permainan, makmal komputer, perpustakaan dan dewan terbuka.

Antara objektif utama projek ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan asnaf memiliki rumah sendiri yang selesa menerusi syarat wajib skim tabungan pendapatan selama lima (5) tahun, seterusnya membantu asnaf menjana pendapatan bulanan menerusi Projek Agroekonomi dan “Contract Farming” dibeli oleh Nestle Sdn. Bhd dan akhirnya membolehkan asnaf menjalani aktiviti Program Pembangunan Insan untuk persiapan selepas lima (5) tahun menduduki Desa Alam Shah ini.

Selain daripada aktiviti tersebut, beberapa aktiviti pertanian selingan seperti penanaman jagung, penternakan ikan air tawar dan aktiviti sara diri seperti kraftangan dilaksanakan untuk mempelbagaikan kemahiran serta sumber pendapatan para peserta.

Dalam program berasingan pada sebelah petangnya pula Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi anakanda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail mengadakan kunjungan sembah mengadap hornat ke atas Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis di Istana Mahkota Kota Bharu.

Turut berangkat sama ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Cik Puan Sofie Louise Johansson.