Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Kejohanan Golf Amal

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah dan Santapan Tengah Hari sempena Kejohanan Golf Amal di Tasik Puteri Golf & Country Club di Rawang, Selangor. - Foto Facebook Istana Negara

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah dan Santapan Tengah Hari sempena Kejohanan Golf Amal di Tasik Puteri Golf & Country Club di Rawang, Selangor.

Turut berkenan berangkat mengiringi Seri Paduka ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan Facebook Istana Negara, sumbangan yang diperoleh daripada kejohanan golf amal tersebut disalurkan kepada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) dan diserahkan kepada Raja Permaisuri Agong selaku Presiden Seumur Hidup TAFF.

"Kejohanan golf amal tersebut telah disertai isteri-isteri perwakilan asing di Malaysia, tetamu-tetamu kenamaan dan kerabat diraja negeri Pahang,” menurut catatan tersebut.

Istana Negara turut memuat naik beberapa keping gambar keberangkatan Seri Paduka berdua pada majlis berkenaan. - Bernama