DBKL bakal ambil tindakan turunkan bunting HPU

Nor Hisham
Nor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan dengan menurunkan bunting Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang dijadualkan berlangsung esok.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Nor Hisham A Dahlan berkata, menerusi semakan dan siasatan yang dilakukan mendapati jumlah pemasangan iklan HPU melebihi had ditetapkan kepada penganjur.

Beliau berkata, sebanyak 295 iklan diletakkan di luar kawasan yang ditetapkan DBKL sebelum ini.

“Sehubungan itu, DBKL akan mengambil tindakan penurunan kerana melanggari syarat-syarat yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan tindakan DBKL yang menurunkan bunting bagi penganjuran HPU tersebut.

Malah, aktivis masyarakat, Datuk Mohd Razlan Rafii turut mengajak penyokong UMNO-Pas untuk berarak ke DBKL selepas HPU susulan arahan penurunan bunting berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menerusi ciapan di laman Twitter beliau sebelum ini mengatakan bahawa permohonan untuk pemasangan bunting berkenaan hanya sebanyak 150, tetapi telah dipasang dengan jumlah lebih daripada 1,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur HPU boleh ambil tindakan terhadap DBKL: Khalid

Artikel Berkaitan: