Gabung UMT, UniSZA beri manfaat kepada kedua-dua pihak

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Tan Sri Halim Mohammad percaya penggabungan universiti itu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) suatu perkembangan positif yang akan memberi manfaat kepada kedua-duanya.

Menurutnya, walaupun berlainan tetapi universiti berkenaan boleh menggembleng tenaga daripada sudut kepakaran yang dimiliki demi kebaikan pelajar.

"Pada hemat saya kakitangan universiti dan para pelajar tidak perlu merasa bimbang kerana sebarang keputusan kerajaan pasti menitikberatkan serta memberi keutamaan kepada semua pihak yang terlibat.

"Pelajar tidak seharusnya beranggapan yang salah kerana saya sebagai pengerusi masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai penggabungan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, memandangkan jemaah menteri telah bersetuju secara prinsip, maka pihak universiti haruslah menyambut baik dan berfikiran positif.

"Saya percaya banyak sinergi yang boleh dikongsi antara dua universiti ini yang secara kebetulan berada di lokasi sama," katanya.

Beliau berharap kerajaan dan Kementerian Pendidikan mengambil maklum kekuatan yang ada pada UMT iaitu dalam bidang maritim, sains marin, perikanan dan akuakultur.

"Sebagai seorang usahawan berpengalaman dalam bidang maritim, saya mengesyorkan kerajaan dan kementerian akan terus memberikan tumpuan tinggi dalam bidang ini bagi menjadikan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maritim di Asia Pasifik.

Artikel Berkaitan:

"Ilmu maritim adalah satu-satunya jurusan yang patut diberikan keutamaan kerana peluang pekerjaan begitu cerah dan negara kita masih ketinggalan dalam melahirkan graduan dalam bidang berkaitan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 23,000 pelajar UMT, UniSZA tolak penggabungan