Agong perkenan Putera Edward dari Britain mengadap

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima menghadap 'The Earl of Wessex' Putera Edward di Bilik Seri Bendahara di Istana Negara hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima mengadap Putera Edward, Britain di Istana Negara.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Earl of Wessex itu sedang melakukan lawatan dua hari ke Malaysia, sebahagian dari siri lawatan beliau ke Australia.

Ini adalah pertemuan kali pertama antara Yang di-Pertuan Agong dan seorang anggota kerabat diraja Britain sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada Januari.

Jadual lawatan Earl ke Malaysia termasuk menghadiri Persidangan Serantau Asia Pasifik Duke of Edinburgh International Award dalam kapasitinya selaku pemegang amanah Yayasan Duke of Edinburgh's International Award.

Beliau juga dijadual menyertai meja bulat belia bagi membincangkan nilai pendidikan tidak formal.

Sebagai naib-patron Sukan Komanwel, Prince Edward akan dibawa menyaksikan atlet Malaysia beraksi menjelang Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Dalam kenyataan dikeluarkan sebelum lawatan itu, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay berkata lawatan itu akan meliputi bidang kepentingan yang luas - dari pendidikan dan perkongsian kesukanan kepada usaha bersama menangani bahan plastik buangan dan memulihara lautan.

Earl akhir sekali melawat Malaysia pada 2004, juga berkaitan Yayasan Duke of Edinburgh's International Award.

Beliau adalah putera bongsu Queen Elizabeth II Britain dan Duke of Edinburgh. - Bernama

10 September 2019 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Putera Edward, Earl Wessex di Istana Negara. Turut hadir pada majlis menghadap tersebut adalah Pesuruhjaya Tinggi British, Charles Hay. Putera Edward tiba di Malaysia hari ini bagi melakukan lawatan kerja selama dua hari. . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong and Her Majesty Seri Paduka Baginda The Raja Permaisuri Agong received HRH Prince Edward, The Earl of Wessex at Istana Negara today. Also present during the visit was the British High Commisioner, Charles Hay. HRH Prince Edward is in Malaysia for a two day visit. We wish HRH Prince Edward a warm welcome #ourking #ourqueen #ydpa #agongkita #earlofwessex #RoyalVisitMY #unitedkingdom #solidarity #friendship #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on Sep 9, 2019 at 10:45pm PDT


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia