Rakyat Malaysia digesa tunai haji guna cara sah

Rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji dinasihatkan menggunakan cara yang sah berikutan langkah terbaharu kerajaan Arab Saudi mengenakan penalti sebanyak 10,000 riyal (SAR10,000) terhadap pelanggaran dan arahan musim haji.Gambar hiasan
Rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji dinasihatkan menggunakan cara yang sah berikutan langkah terbaharu kerajaan Arab Saudi mengenakan penalti sebanyak 10,000 riyal (SAR10,000) terhadap pelanggaran dan arahan musim haji.Gambar hiasan
A
A
A

MADINAH - Rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji dinasihatkan menggunakan cara yang sah berikutan langkah terbaharu kerajaan Arab Saudi mengenakan penalti sebanyak 10,000 riyal (SAR10,000) terhadap pelanggaran dan arahan musim haji.

Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif berkata, tindakan tegas itu dilakukan berikutan setiap tahun berlakunya pelanggaran peraturan termasuk menunaikan haji tanpa visa yang sah.

Roslan
Roslan

”Yang pastinya sesiapa sahaja tertangkap kerana tidak mempunyai permit haji akan dikenakan denda 10,000 riyal dan akan dihantar kembali ke negara asal serta tidak dibenarkan sama sekali untuk menunaikan ibadah haji.

”Tunaikan ibadah haji ini tujuannya baik, jadi biarlah dilakukan dengan cara yang baik,” katanya dalam sidang media bersama petugas media di Hotel Emaar Royal di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan beberapa individu yang dilaporkan mengayuh basikal dari tanah air untuk menunaikan ibadah haji.

Masjid Nabawi merupakan lokasi pertama dalam ziarah dalam yang akan dirasai jemaah haji.
Masjid Nabawi merupakan lokasi pertama dalam ziarah dalam yang akan dirasai jemaah haji.

Roslan berkata, tidak kira menggunakan kenderaan apa jua sekali pun, sama ada berbasikal, bermotor mahupun berkereta, mereka yang ingin berada di Tanah Suci ketika ini perlu mempunyai permit sah haji.

Artikel Berkaitan:

”Kita hendak menunaikan ibadah haji untuk mencari pahala. Jadi dari peringkat awal lagi kita kena ikut peraturan dan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang bertentangan,” katanya.

Di Malaysia visa haji yang sah hanya dikeluarkan menerusi Tabung Haji (TH) selain visa furada menerusi kedutaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi pada Rabu lepas mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak SAR10,000 bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.

Menerusi infografik yang dikongsikan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menerusi platform X, tujuh kawasan yang terlibat adalah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen keretapi Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Penalti yang akan berkuat kuasa mulai 2 Jun hingga 20 Jun itu, akan dikenakan terhadap semua individu termasuk warga tempatan, pemastautin, dan pengunjung yang ditangkap di dalam kawasan berkenaan tanpa permit yang sah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!