Mutang Tagal kebanggaan etnik 'Lun Bawang'

Mutang Tagal
Mutang Tagal
A
A
A

SHAH ALAM - Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, mendiang merupakan seorang pemimpin kebanggaan etnik Lun Bawang yang komited dalam usaha reformasi institusi Parlimen Malaysia.

“Saya ingin menzahirkan ucap takziah dan rasa sedih saya atas perkhabaran duka pemergian Datuk Mutang yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di IJN (Institut Jantung Negara) pada hari ini (Jumaat).

“Mengimbas kembali pengalaman berkerja, beliau seorang pemimpin yang amat prihatin akan kebajikan rakyat Malaysia dan pemergiannya merupakan kehilangan yang besar kepada semua.

“Saya mewakili seluruh Parlimen Malaysia berharap agar keluarga mendiang diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat yang memilukan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mutang telah meninggal dunia pada jam 11.46 pagi, Jumaat di Institut Jantung Negara.

Beliau telah menerima rawatan di sana setibanya di Malaysia pada 6 Mei lalu daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!