Lapan kawasan di Lembah Klang catat IPU tidak sihat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Lapan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari tadi.

Batu Muda mencatatkan kadar IPU tertinggi iaitu 162, diikuti Johan Setia 161: Cheras (155), Petaling Jaya (144); Putrajaya (142) Shah Alam (134); Banting (123) dan Klang (118).

Bacaan IPU tidak sihat itu dipaparkan di laman web http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Dalam pada itu Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan IPU menunjukkan trend peningkatan di semua stesen sekitar Selangor dan dijangka kualiti udara akan mencapai tahap tidak sihat.

Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam kenyataannya pula menasihatkan orang awam supaya mengurangkan dan menghadkan aktiviti luar serta meminum banyak air.

"Orang awam dinasihatkan juga supaya menggunakan penutup muka bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap sistem pernafasan.

"Mohon agensi melaksanakan pemantauan dan sila berada dalam keadaan waspada terhadap risiko berlakunya pembakaran terbuka," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: