Jerebu: Indeks pencemaran udara di Melaka sederhana

Keadaan udara Melaka yang diambil dari tingkat 19 Wisma Persekutuan MITC pada Isnin.
Keadaan udara Melaka yang diambil dari tingkat 19 Wisma Persekutuan MITC pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Keadaan jerebu di sekitar negeri ini masih terkawal dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 64 (sederhana) setakat jam 3 petang di Bukit Rambai pada Isnin berbanding bacaan 77 pada Ahad.

Tinjauan mendapati orang ramai meneruskan aktiviti harian seperti biasa dan jarak penglihatan tidak terhad biarpun ruang udara kelihatan sedikit berjerebu.

Pekerja swasta, Amirah Aisyah Zulkifli, 32, berkata, walaupun Melaka belum di tahap IPU tidak sihat, namun dia mengalami sakit tekak dan batuk mungkin berpunca daripada udara sekitar.

"Penglihatan masih lagi nampak dan nasib baik ada juga hujan sama ada tengah malam atau petang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosly Mustafa, berkata, keadaan Melaka terkawal memandangkan Melaka masih menerima taburan hujan.