Bilik kelas SMK Taman Keramat terbakar

No Image Caption
A
A
A

AMPANG- Tidah tahu apa puncanya, sebuah kelas di tingkat satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat hangus dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata,

Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.15 malam.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Pandan bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.

Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah bilik kelas yang digunakan untuk mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT).

"Ruang berkeluasan 20 x 20 kaki persegi itu terbakar seratus peratus.

"Tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, anggota bomba berjaya mengawal api dari merebak ke bilik kelas bersebelahan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.