Lima remaja terperangkap akibat arus deras

Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap dengan menggunakan teknik menyeberangi sungai dengan tali di Burmese Pool, Taiping hari ini.
Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap dengan menggunakan teknik menyeberangi sungai dengan tali di Burmese Pool, Taiping hari ini.
A
A
A

TAIPING - Pasukan bomba berjaya menyelamatkan lima remaja lelaki yang terperangkap lebih sejam di tebing sungai akibat arus deras di Burmese Pool, Jalan Taman Sentosa di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika semua mangsa yang berusia lingkungan 18 tahun itu berkelah di lokasi pelancongan tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping diketuai Izuan Che Ibrahim bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.54 petang.

“Anggota bertindak menunggu arus sungai reda dan bertindak menggunakan tali dengan teknik menyeberangi sungai untuk mengambil mangsa.

“Anggota memakaikan semua mangsa dengan jaket keselamatan dan membawa mangsa ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, operasi menyelamat semua mangsa selesai pada jam 6.06 petang.

Artikel Berkaitan: