Paru-paru remaja rosak akibat vape

Kevin Boclair (kiri) menderita penyakit paru-paru kronik akibat ketagih menghisap vape.
Kevin Boclair (kiri) menderita penyakit paru-paru kronik akibat ketagih menghisap vape.
A
A
A

HARRISBURG - Rokok elektronik atau vape meragut satu lagi mangsa di Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian terbaru, seorang remaja lelaki di Pennsylvania diletakkan dalam keadaan koma selepas mengalami jangkitan paru-paru kronik.

Kevin Boclair, 19, terpaksa ditidurkan dan bergantung kepada mesin ventilator bagi membantunya bernafas.

Ibunya, Debbie Boclair berkata, Kevin mungkin memerlukan pembedahan paru-paru untuk pulih.

"Doktor mengesyaki penyakitnya berpunca daripada vape," kata Debbie.

Pelajar Universiti Bloomberg itu pernah berhenti menghisap vape, namun mengulangi tabiat tersebut kerana ketagih dengan perisa rokok elektronik berkenaan.

Tambah Debbie, tahap kesihatan Kevin mula merosot kira-kira dua minggu lalu tidak lama sebelum dia dijadualkan menyambung semula tahun kedua pengajiannya.

Sebelum ini, pegawai kesihatan di AS memberi amaran penggunaan rokok elektronik dan beberapa produk vape lain boleh mengundang masalah pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Pada Julai lalu, sekurang-kurangnya lapan remaja di Wisconsin yang mempunyai sejarah menghisap vape dikejarkan ke hospital.

Mereka diagnosis mengalami kerosakan paru-paru yang teruk. - Agensi