Menteri Luar Rusia dakwa fail Epstein dedahkan sikap ‘satanisme sejati’ elit Barat

Sergei Lavrov. - Agensi
Sergei Lavrov. - Agensi
A
A
A

VLADIVOSTOK - Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov mendakwa pembongkaran fail kes oleh jutawan Amerika, Jeffrey Epstein telah mendedahkan sikap 'satanisme sejati' dalam kalangan elit Barat.

Dalam temu bual bersama saluran NTV pada Ahad, Lavrov menyifatkan pendedahan itu sebagai 'di luar pemahaman manusia biasa'.

Beliau berkata: “Ini berkaitan dengan mendedahkan wajah apa yang dipanggil Barat kolektif... ia umumnya di luar pemahaman manusia, ia adalah satanisme tulen, dan mungkin tiada keperluan untuk menjelaskannya kepada orang biasa.”

Lavrov turut menyinggung laporan yang mengaitkan ahli politik dan ahli perniagaan Rusia dengan fail-fail Epstein, sambil memetik kata-kata penyair Soviet terkenal, Vladimir Vysotsky: “Penembusan kita ke seluruh planet ini terutama ketara dari jauh.”

Pada hari yang sama, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menegaskan bahawa kes Jeffrey Epstein mendedahkan tahap korupsi yang melampau dalam kalangan elit Barat.

Kes Epstein terus menarik perhatian global dengan siasatan yang berterusan dan implikasi politik yang meluas.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sergey Lavrov mendakwa pembongkaran fail kes oleh jutawan Amerika, Jeffrey Epstein mendedahkan sikap 'satanisme sejati' dalam kalangan elit Barat
  • Lavrov menyifatkan pendedahan itu sebagai 'di luar pemahaman manusia biasa'
  • Menurut Lavrov, kejadian itu berkaitan dengan mendedahkan wajah sebenar Barat yang dianggap sebagai satanisme tulen
  • Lavrov menyinggung laporan yang mengaitkan ahli politik dan ahli perniagaan Rusia dengan fail-fail Epstein
  • Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menegaskan kes Epstein mengungkap tahap korupsi yang melampau dalam kalangan elit Barat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!