Kemerosotan ringgit punca Rantau Panjang suram

Suasana di Pekan Rantau Panjang yang sering menjadi ‘lubuk’ membeli-belah dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini. (Gambar kecil, Nashran)
A
A

RANTAU PANJANG - [DIKEMAKSINI] Pekan Rantau Panjang yang sering menjadi ‘lubuk’ membeli-belah dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini.

Lebih ketara kehadiran pengunjung dilihat berkurangan pada hujung minggu sekaligus membuatkan peniaga lebih banyak 'berehat' berbanding sebelum ini.

Bukan itu sahaja, bilangan pengunjung turut berkurangan pada hari-hari biasa sekaligus membuatkan pekan Rantau Panjang bertambah ‘sunyi’.

Tidak menafikan situasi tersebut, Presiden Pertubuhan Infra Rakyat Rantau Panjang, Mohd Nashran Nasuha berkata, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) menjadi punca kepada kemerosotan bilangan pengunjung ke pekan berkenaan.

Mohd Nashran berkata, kejatuhan nilai RM membuatkan barangan yang diimport dari Thailand terpaksa dinaikkan berbanding sebelum ini.

“Peniaga tidak mempunyai pilihan apabila kadar tukaran nilai bath (mata wang Thailand) lebih tinggi berbanding RM.

“Bila nilai bath lebih tinggi, maka harga barangan yang dijual terpaksa dinaikkan berbanding sebelum ini,” katanya.

Suasana di Pekan Rantau Panjang yang sering menjadi ‘lubuk’ membeli-belah dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini.
Suasana di Pekan Rantau Panjang yang sering menjadi ‘lubuk’ membeli-belah dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, situasi itu membuatkan para pengguna lebih selesa untuk membeli barangan berhampiran dengan rumah mereka berbanding berkunjung ke Rantau Panjang.

Katanya, situasi itu menyebabkan pengunjung ke pekan ini makin berkurangan berbanding sebelumnya.

“Urusan keluar masuk dari Pekan Golok (Thailand) ke Rantau Panjang menjadi lengang apabila warga Thailand sudah memilih untuk pulang ke negara asal.

“Sejak nilai RM makin turun, saya lihat ramai warga Thailand mula membuat keputusan untuk pulang negara mereka bagi mencari rezeki,” katanya.

Suasana di Pekan Rantau Panjang yang sering menjadi ‘lubuk’ membeli-belah dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini.