Angkut PATI dari Lembah Klang ke Rantau Panjang

Ketiga-tiga PATI berusia antara 17 hingga 42 tahun dibawa dari Lembah Klang dan ingin ke Rantau Panjang. (Kanan: Lelaki warga emas ditahan selepas membawa tiga PATI dari Lembang Klang ke Rantau Panjang pada Sabtu. )
Ketiga-tiga PATI berusia antara 17 hingga 42 tahun dibawa dari Lembah Klang dan ingin ke Rantau Panjang. (Kanan: Lelaki warga emas ditahan selepas membawa tiga PATI dari Lembang Klang ke Rantau Panjang pada Sabtu. )
A
A
A

Tanah Merah - Seorang lelaki warga emas ditahan selepas membawa tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Lembah Klang ke Rantau Panjang.

Tangkapan dibuat di jalan Kampung Bendang Nyior di sini, Sabtu lalu selepas pihak berkuasa mengesan kereta dipandu suspek berusia 63 tahun dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, anggota melakukan tugas 'Snapcheck' di lokasi dan menahan kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu suspek dari arah Bendang Nyior menghala ke Bukit Kechik.

"Pemeriksaan mendapati terdapat tiga PATI warga Myanmar yang juga penumpang kereta tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Suspek memberitahu ketiga-tiga PATI terbabit berusia antara 17 hingga 42 tahun dibawa dari Lembah Klang dan ingin ke Rantau Panjang," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau memberitahu semua individu itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55E / 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.