'Derma daripada putera Arab cubaan tutup kes 1MDB'

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan dikehendaki, Jho Low didakwa cuba menutup skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada terbongkar dengan membuat dokumen palsu bagi menunjukkan kononnya Najib menerima wang daripada penderma Arab.

Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram melalui kenyataan pembukaan perbicaraan menyatakan, selepas skandal 1MDB terbongkar pada awal Julai 2015, tertuduh bersama imej 'cerminnya', Jho Low mengambil langkah-langkah tersebut untuk menutup jejaknya.

Menurutnya, dokumen telah dihasilkan untuk menunjukkan kononnya wang hasil itu merupakan derma daripada seorang putera Arab.

"Antaranya, terdapat surat dan empat cek masing-masing berjumlah AS$25 juta yang kononnya ditulis oleh seseorang yang dikatakan sebagai penderma Arab," ujarnya.

Sehubungan itu, Sri Ram berkata, pendakwaan akan menunjukkan keterangan bahawa tertuduh mengambil langkah aktif untuk mengelakkan dirinya dibawa ke muka keadilan.

"Malah tertuduh mengganggu perjalanan penyiasatan kes ini yang dikenali sebagai skandal 1MDB," katanya.

"Tertuduh mengambil langkah-langkah aktif untuk menjejaskan dan melindungi kesalahan jenayahnya.

"Pihak pendakwaan akan bergantung kepada semua bukti ini untuk menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai niat untuk melakukan kesalahan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: