'Notis sebulan, terus roboh'

Kedai makan salah satu daripada lima struktur dirobohkan MPSJ.
Kedai makan salah satu daripada lima struktur dirobohkan MPSJ.
A
A
A

SERDANG - Satu notis amaran disusuli tindakan roboh merupakan tindakan tegas diambil oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ke atas lima premis di Serdang Jaya dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan hari ini.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Bangunan MPSJ, Mohd Safiee Junun berkata, lima premis perniagaan itu milik orang tempatan namun diusahakan oleh warga Indonesia telah dirobohkan selepas sebulan notis mengosongkan dan meruntuhkan bangunan dikeluarkan MPSJ.

Menurutnya, pemiliknya ada membuat rayuan selepas notis dikeluarkan namun permohonan itu ditolak disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah jelas dan nyata iaitu struktur didirikan tanpa kebenaran dan diusahakan warga asing.

"Antara dirobohkan termasuk sebuah restoran, kedai gunting rambut dan kedai runcit yang dibina di unit kediaman serta bangunan. Ada juga antara premis yang membina struktur tambahan di belakang kedai untuk tempat tinggal warga asing.

"Kebanyakan pemilik akur dengan arahan, ada antaranya telah mengosongkan premis. Ada juga yang membuat rayuan di saat akhir, namun akur dengan penguatkuasaan selepas penerangan diberikan," katanya yang mengetuai operasi yang bermula jam 10 pagi.

Mohd Safiee
Mohd Safiee

Beliau mengingatkan orang awam merujuk dengan MPSJ terlebih dahulu sebelum sebarang pembinaan bangunan atau struktur tambahan mahu didirikan.

"MPSJ tanggung kerugian disebabkan tiada perolehan hasil permit dan perlu mengeluarkan kos sendiri pula untuk tindakan penguatkuasaan seperti perobohan hari ini.

Artikel Berkaitan:

"MPSJ menerima banyak aduan struktur dibina tanpa kebenaran di MPSJ dan usaha penguatkuasaan giat dijalankan secara berperingkat mengikut keutamaan," katanya.

Katanya, penguatkuasaan dijalankan di bawah Seksyen 72 (6) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran MPSJ.

Operasi melibatkan 80 anggota daripada MPSJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.