Muhammad Shafiq dicari

Muhammad Shafiq ialah saksi penting perbicaraan membabitkan kes dadah.
Muhammad Shafiq ialah saksi penting perbicaraan membabitkan kes dadah.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang mengesan seorang saksi penting bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Selangor dalam satu kenyataan meminta Muhammad Shafiq Zaaba, 31, menghadiri perbicaraan kes 27 dan 28 Ogos ini di Mahkamah Shah Alam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Asrol Izwan Mahizan di talian 019-7340 920.

Artikel Berkaitan: