Toyota Camry terjunam dalam parit

Pemandu hilang kawalan dalam perjalanan dari Sungai Besar ke Sekinchan.

Kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam parit selepas terbabas dalam kejadian berkenaan.
Kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam parit selepas terbabas dalam kejadian berkenaan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah kereta terbabas masuk ke dalam parit di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang berhampiran Parit 10 Pasir Panjang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu kereta, Ng Oon Chai, 56, memandu kereta jenis Toyota Camry dalam perjalanan dari Sungai Besar menghala ke Sekinchan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian.

"Kenderaan dipandu mangsa kemudiannya berpusing dan terjunam masuk ke dalam parit di kiri jalan arah yang sama," katanya.

Chee Khoon berkata, mangsa kemudiannya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjong Karang.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan: