Suzuki bakal barakan jentera tengah TRW

Yuta Suzuki
Yuta Suzuki
A
A
A
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) sah mendapatkan khidmat pemain Jepun, Yuta Suzuki untuk memperkuat skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2019.

Menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya, Kafa memaklumkan pemain berusia 28 tahun itu dibawa masuk melalui memorandum persefahaman dengan satu daripada penaja Kafa, Yakult mengikut perjanjian pakej penajaan.

Yakult syarikat pengeluar minuman susu kultur probiotik yang berpangkalan di Jepun.

“Mengikut perjanjian, Suzuki akan ditanggung sepenuhnya pihak Yakult berdasarkan persetujuan yang dipersetujui kedua-dua pihak. Majlis menandatangani kontrak Suzuki akan dilakukan dalam masa terdekat,” demikian menurut Kafa.

Suzuki yang beraksi di posisi tengah memulakan karier bola sepaknya dengan Senshu University Soccer Team bermula 2009 hingga 2013 sebelum menyertai FC Suzuka yang beraksi dalam liga amatur Jepun selama dua tahun sehingga 2015.
Artikel Berkaitan:


Beliau kemudian berkelana ke Eropah dengan menyertai kelab Republik Czech, SFC Stara Rise pada 2016.

Tahun berikutnya Suzuki menyertai kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC sebelum berhijrah ke sebuah lagi kelab Kemboja, National Police Commissary F.C pada musim ini. - Bernama