Anas Mikail kini sudah tiada

Ahli keluarga Allahyarham Anas Mikail berkesempatan menatap wajah kanak-kanak itu buat kali terakhir di rumahnya di Kampung Tanah Kebun, Parit Buntar hari ini.
Ahli keluarga Allahyarham Anas Mikail berkesempatan menatap wajah kanak-kanak itu buat kali terakhir di rumahnya di Kampung Tanah Kebun, Parit Buntar hari ini.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Penderitaan Anas Mikail Abdullah, 3, yang menghidap penyakit kanser leukemia sejak lebih dua tahun lalu berakhir apabila disahkan meninggal dunia sekitar jam 1.30 awal pagi tadi di kediamannya di KampungTanah Kebun di sini hari ini.

Kisah penderitaan Allahyarham Anas Mikail yang pernah disiarkan Sinar Harian pada 29 Jun lalu sebelum ini mendapat perhatian pihak termasuk Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang menyempurnakan hajat terakhir kanak-kanak itu untuk melawat zoo.

Neneknya, Faridah Wan Chik, 48, berkata, Anas Mikail sebelum ini dirawat di Hospital Pulau Pinang selama 11 hari akibat penyakit dihidapi.

"Cuma Sabtu lalu, Anas Mikail diminta untuk dibawa pulang ke rumah selepas 11 hari menerima rawatan.

"Keadaan kesihatannya ketika itu semakin menyusut dan Anas Mikail sudah mula tidak mahu makan setelah diberikan morfin untuk menahan kesakitan dihadapinya.

"Pagi tadi kami semua reda dengan pemergiannya namun bersyukur setelah hajat Anas melihat gajah di Zoo Taiping ditunaikan," katanya sewaktu ditemui media di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Anas Mikail dibawa ke Tanah Perkuburan Simpang Lima, Parit Buntar untuk disemadikan.
Jenazah Allahyarham Anas Mikail dibawa ke Tanah Perkuburan Simpang Lima, Parit Buntar untuk disemadikan.

Artikel Berkaitan:

Faridah berkata, dia mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesihatan cucunya.

Jenazah Anas Mikail disembahyangkan di Masjid Simpang Lima pada jam 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang 5 di sini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan hajat Anas Mikail untuk ke zoo ditunaikan MPT dengan kerjasama Persatuan Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara yang mengadakan lawatan di Zoo Taiping.

Dalam kunjungan itu, Anas Mikail gembira dapat melihat gajah di samping turut sempat memberi makan kepada zirafah di zoo itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Annas Mikhail jadi kenyataan