10 warga Nigeria didakwa serang polis

Sebahagian daripada warga Nigeria yang dihadapkan ke mahkamah hari ini atas empat pertuduhan.
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 20 lelaki warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk menyerang pegawai dan anggota polis dalam serbuan di Pangsapuri Flora Damansara, di sini bulan lalu.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh berusia 24 hingga 38 mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Semua tertuduh ialah Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses, Obilor Macdennis Chinemerem, Osuji Chimobi, Chinedu Aligwe, Kabuye Christian, Nwokenna Tochukwu Nwabueze, Chibuzo Goodluck, Okeke Chinedu Darling Ton, Charlse Uche Anyanwy, Ususledrock Onyedikachi, Mathew Kelechi Cletus dan Anoka.

Berdasarkan pertuduhan pertama, 10 tertuduh iaitu Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses dan Obilor Macdennis Chinemerem didakwa mengganggu ketenteramam awam dengan melakukan rusuhan.

Mereka juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada empat pegawai polis ketika menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan empat pegawai polis.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bawah Blok F, Pangsapuri Flora Damansara di sini jam11.12 malam pada 28 Julai lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 332 dan Seksyen 353 kanun sama.

Selain itu,enam tertuduh iaitu Okeke Chinedu Darling Ton, Aligwe Chinedu, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Osubi Chimobu Progress dan Obilor Macdennis Chinemerem Osuawgu Ndubuisi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) akta sama.

Sementara itu, 14 daripada 20 warga Nigeria tersebut didakwa tinggal di negara ini tanpa permit sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di sini jam 12.20 malam pada 29 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang juga boleh dihukum dibawah Seksyen 6(3) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam M Tharuma Ratnam, Dinesh Ramachandran dan Siti Rohaya Mohd Tajuddin.

Tharuma Ratnam memohon jaminan diberikan mahkamah oleh anak guamnya.

Bagaimanapun, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menolak permohonan berkenaan.

Mahkamah menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes.

Pada 25 Julai lalu, empat anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Kormersil (JSJK) Selangor diserang hampir 50 warga Afrika ketika serbuan yang dilakukan pasukan itu di pangsapuri tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis cedera diserang hampir 50 warga Afrika]

Dalam kejadian sekitar jam 10.50 malam itu, salah seorang daripada mereka berpangkat lans koperal cedera di muka sementara tiga lagi cedera di bahu, tangan dan mata dirawat di Pusat Perubatan

Universiti Malaya (PPUM).

Mereka didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menyerang pegawai dan anggota polis dalam serbuan di Pangsapuri Flora Damansara, di sini bulan lalu.
Mereka didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menyerang pegawai dan anggota polis dalam serbuan di Pangsapuri Flora Damansara, di sini bulan lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia