Industri perabot perkasa ekonomi bumiputera

Ismail (kanan) Yahaya (tengah) dan Pengarah Institut Kemahiran MARA Alor Setar, Norsiden Ahmad ketika merasmikan Persidangan Teknousahawan Industri Perabot di Park Avenue semalam.
Ismail (kanan) Yahaya (tengah) dan Pengarah Institut Kemahiran MARA Alor Setar, Norsiden Ahmad ketika merasmikan Persidangan Teknousahawan Industri Perabot di Park Avenue semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Persidangan Teknousahawan Industri Perabot diharapkan mampu memperkasakan ekonomi usahawan Bumiputera sebaris pengeksport utama perabot dunia.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, Malaysia adalah pengeksport utama perabot dunia dengan sumbangan nilai eksport pada 2017 adalah sebanyak RM10 bilion.

Menurutnya, inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) menganjurkan persidangan menggabungkan usahawan serta pelatih dalam bidang berkenaan menepati agenda memperkasa ekonomi Bumiputera terutama dalam bidang Industri Perabot dan Gaya Hidup.

"Saya amat mengharapkan satu anjakan pencapaian Bumiputera dalam bidang penguasaan ekonomi dapat dicapai sekaligus menyumbang kepada penambahan pemilikan ekuiti Bumiputera," katanya ketika merasmikan Persidangan Teknousahawan Industri Perabot 2019 di Park Avenue semalam.

Antara usahawan dan pelatih yang hadir berkongsi ilmu dan pendedahan berhubung bidang industri perabot.
Antara usahawan dan pelatih yang hadir berkongsi ilmu dan pendedahan berhubung bidang industri perabot.

Hadir sama Pengarah MARA Kedah, Yahaya Sani.

Menurut Ismail, bagi melonjakkan sumbangan eksport industri ini fokus perlu diberikan kepada reka bentuk yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa tanpa mengabaikan kualiti, value for money dan bercirikan mesra alam.

"Sektor keusahawanan di Malaysia dilihat semakin berkembang dan berdaya maju dan adalah menjadi harapan MARA agar Bumiputera bakal mengambil peranan dalam memacu ekonomi negara dan mampu meneruskan usaha dalam bidang masing-masing pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"MARA perlu lebih aktif memainkan peranan menjadi medium mewujudkan lebih ramai usahawan profesional dan berdaya saing dalam kalangan pelatih lepasan Institut Pendidikan MARA agar jurang ekonomi antara kaum dapat dikecilkan memandangkan ketika ini bilangan Bumiputera melibatkan diri dalam industri perabot adalah sangat kecil," katanya.

Sementara itu, Yahaya berkata, persidangan julung kali ini menjadi titik tolak kepada melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri perabot yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.

"Di samping itu ianya selaras dengan hasrat MARA untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan tekousahawan baharu menerusi Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot yang dilaksanakan di Institut Kemahiran MARA," katanya.

Persidangan Teknousahawan Industri Perabot berlansung pada 5 dan 6 Ogos 2019 di Park Avenue, Sungai Petani.
Persidangan Teknousahawan Industri Perabot berlansung pada 5 dan 6 Ogos 2019 di Park Avenue, Sungai Petani.