Tulisan khat dicadang subjek pilihan di sekolah aliran Cina

Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen
A
A
A

KUCHING - Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencadangkan penggunaan tulisan khat yang dijadual dilaksanakan mulai tahun hadapan dijadikan sebagai subjek pilihan terutama di sekolah aliran Cina.

Beliau berkata, sejak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, ia mendapat pelbagai reaksi terutama dari komuniti Cina di Sarawak.

"Justeru, buat masa ini, pelaksanaan itu dilihat tidak sesuai, saya akan bawa suara majoriti Sarawak ini ke mesyuarat kabinet minggu hadapan untuk dibincangkan,” katanya.

Chong, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Katanya, niat KPM memperkenalkan tulisan khat sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran adalah baik, terutamanya dalam kalangan anak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

KPM dalam kenyataan menyebut bahawa pengenalan tulisan khat itu bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan Bahasa Melayu dan identiti negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: