#QuranHour beri kesan positif

Peserta menunjukkan plakad #QuranHour sebagai tanda sokongan bagi menjayakan kempen Malaysia#QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya pada 30 Ogos ini.
Peserta menunjukkan plakad #QuranHour sebagai tanda sokongan bagi menjayakan kempen Malaysia#QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya pada 30 Ogos ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kempen #QuranHour dilihat semakin memberi kesan positif dalam kalangan masyarakat apabila al-Quran kini menjadi sebahagian pengisian bagi program komuniti.

Ia termasuklah inisiatif oleh sekumpulan bekas penuntut wanita Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menganjurkan #QuranHour@Teratak Sarah, Sijangkang, di sini semalam.

Penganjurnya, Noor Azah Omar berkata, program melibatkan seramai 25 rakan penuntut yang terdiri daripada pelbagai latar belakang itu bukan sahaja majlis bertanya khabar semata-mata, tetapi turut diisi dengan program kerohanian.

“Pada asasnya, kita anjurkan aktiviti ini untuk mengeratkan hubungan supaya persahabatan yang terbina ini terus terpelihara tetapi pada masa sama kita inginkan sesuatu yang bermanfaat.

“Jadi, tercetuslah program penuh makna ini dengan pelbagai pengisian antaranya solat berjemaah, membaca al-Quran selama satu jam dan bertadabbur.

“Aktiviti ini julung kali kita adakan dan kita berhasrat menganjurkan lagi program seumpama ini pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Peserta membuat persiapan sebelum bermulanya program #QuranHour@Teratak Sarah di Sijangkang, semalam.
Peserta membuat persiapan sebelum bermulanya program #QuranHour@Teratak Sarah di Sijangkang, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.

Artikel Berkaitan:

Noor Azah berkata, penganjuran aktiviti itu sebagai tanda sokongan mereka bagi menjayakan kempen Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya pada 30 Ogos ini.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Strategik WUIF, Nurhayati Nordin berkata, program yang diadakan di Teratak Sarah itu diharap menjadi inspirasi kepada semua pihak supaya al-Quran diambil sebagai sumber solusi dan panduan asas kepada kehidupan insan.

“Apa yang kita dapat lihat kini al-Quran menjadi antara pengisian dalam program yang dilaksanakan komuniti. Perkembangan sebeginilah yang kita mahu lihat.

“Perkembangan ini turut memperlihatkan bahawa perubahan kerangka fikir berlandaskan wahyu tercetus secara organik dalam masyarakat,” katanya.

Katanya, mana-mana pihak atau organisasi yang berminat melaksanakan sesi #QuranHour di peringkat komuniti boleh berhubung dengan WUIF di talian 019-3823635 atau Facebook World Quran Hour.