Quran Hour UniSZA beri kefahaman, hayati al-Quran

Program diadakan ini melibatkan Qari jemputan Quran Hour iaitu Abdul Hadi Che Ab Halim (kiri) serta Pentadabbur, Mohd Jamil Abdul Wahab (kanan). Gambar kecil: Ahmad Kamarulisham dan Mohd Sayuti
Program diadakan ini melibatkan Qari jemputan Quran Hour iaitu Abdul Hadi Che Ab Halim (kiri) serta Pentadabbur, Mohd Jamil Abdul Wahab (kanan). Gambar kecil: Ahmad Kamarulisham dan Mohd Sayuti
A
A
A

KUALA NERUS - Program Quran Hour di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bukan sahaja memberi penghayatan malah dapat memahami al-Quran melalui tadabbur kepada seluruh umat Islam.

Penggerak Rumah Ngaji Negeri Terengganu, Ahmad Kamarulisham Md Kassim berkata, penganjuran program itu juga dapat menyampaikan mesej menerusi surah al-Jumu'ah bertujuan memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

"Ia merupakan penganjuran kali kedua Quran Hour di UniSZA dan kerjasama ini sempena penganjuran Mega Karnival UniSZA yang diadakan bermula 10 Mei lepas.

"Fokus Quran Hour adalah untuk memastikan masyarakat bukan sahaja menghayati bacaan al-Quran tetapi memahami maksud serta menjadi amalan oleh masyarakat itu sendiri untuk membaca al-Quran pada setiap hari," katanya.

Antara tetamu yang hadir program UniSZA #QuranHour @ Mega Karnival UniSZA
Antara tetamu yang hadir program UniSZA #QuranHour @ Mega Karnival UniSZA

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas program UniSZA #QuranHour @ Mega Karnival UniSZA di Masjid UniSZA pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahmad Kamarulisham berkata, seramai 300 peserta yang hadir menyertai program Quran Hour yang diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"Program diadakan ini melibatkan Qari jemputan Quran Hour iaitu Abdul Hadi Che Ab Halim serta Pentadabbur, Mohd Jamil Abdul Wahab yang bertadabbur mengenai surah al-Jumu'ah.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan orang ramai bukan hanya sekadar membaca malah meningkatkan kefahaman tentang maksud dan kandungan al-Quran melalui tadabbur," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UniSZA, Mohd Sayuti Yahya berkata, program Quran Hour diadakan ini dapat meningkatkan minat seluruh masyarakat terutama pelajar untuk mendalami al-Quran.

"Program Quran Hour yang diadakan selama satu hari sempena Mega Karnival UniSZA yang berlangsung ini menarik penyertaan daripada pelajar, staf, komuniti setempat dan pihak dari Rumah Ngaji untuk datang menghayati dan menjiwai makna ayat-ayat di dalam Surah Al-Jumu'ah.

"Ia juga dapat memastikan orang ramai menjadikan al-Quran sebagai panduan panduan terpenting umat Islam dalam kehidupan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!