Wanita PKR desak Imran letak jawatan

Mohamad Imran
Mohamad Imran
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa senator parti itu, Mohamad Imran Abd Hamid meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti dan memartabatkan wanita.

Ketua Penerangannya, Syarul Ema Rena Abu Samah berkata, pihaknya juga menolak kenyataan senator PKR itu yang didakwanya menghina wanita.

“Merujuk kepada kenyataan Mohamad Imran berkait cadangan memperkenalkan undang-undang melindungi lelaki dari godaan yang boleh menjurus kepada perlakuan rogol dan sumbang mahram, kami dari Wanita PKR dapati ia satu kenyataan yang tidak boleh diterima kerana jelas bersifat seksis, memalukan dan berupa satu percubaan untuk menjustifikasikan jenayah rogol.

ARTIKEL BERKAITAN: Senator PKR tarik balik cadangan undang-undang lindungi lelaki

PKR tolak cadangan undang-undang lindungi lelaki

Senator PKR cadang undang-undang lindungi lelaki

“Kami mendesak pucuk pimpinan parti menegur Mohamad Imran dan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tiada lagi mana-mana wakil parti mengeluarkan kenyataan yang berciri seksis, tidak menghormati wanita dan misoginis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Imran dalam satu kenyataan hari ini menarik balik cadangan undang-undang gangguan seksual bagi melindungi lelaki dan memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan cadangan itu.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Mohamad Imran dalam Dewan Negara mencadangkan agar undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol diperkenalkan.

Menurutnya, ia bagi memastikan golongan tersebut 'selamat' serta menjadikan negara terus aman daripada sebarang gejala yang tidak sihat.

Namun, awal pagi tadi, Mohamad Imran menarik balik cadangan tersebut dan turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan cadangan berkenaan.