Wanita maut kepala digilis lori

No Image Caption
A
A
A

TANJUNG TUALANG - Seorang wanita maut selepas kepalanya digilis sebuah lori di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa Nor Fazila Din, 55, yang membonceng motosikal bersama suaminya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Kampar menuju Batu Gajah.

“Setibanya di tempat kejadian, suami mangsa menunggang ke tengah jalan secara mengejut dipercayai untuk membuat pusingan U.

“Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, lori yang berada di belakang, cuba mengelak ke laluan bertentangan namun telah terlanggar bahagian kiri motosikal terbabit,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, suami mangsa berusia 57 tahun turut cedera di kepala telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

“Pemandu lori yang berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun sampel darahnya diambil bagi ujian dadah dan alkohol.

“Kenderaan terlibat juga telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom. Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: