Wanita maut disyaki dipukul abang kandung

Seorang wanita maut selepas bertarung nyawa selama dua hari disyaki akibat dipukul abang kandungnya sendiri dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Signal Hill di sini, pada Khamis lalu. - Gambar haisan
Seorang wanita maut selepas bertarung nyawa selama dua hari disyaki akibat dipukul abang kandungnya sendiri dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Signal Hill di sini, pada Khamis lalu. - Gambar haisan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang wanita maut selepas bertarung nyawa selama dua hari disyaki akibat dipukul abang kandungnya sendiri dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Signal Hill di sini, pada Khamis lalu.

Mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) pada malam Sabtu.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh ayahnya dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka yang teruk serta berdarah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, susulan kejadian itu polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun iaitu abang kepada mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan oleh abang mangsa kerana mengikut keterangan daripada keluarga, ketika kejadian hanya mangsa bersama abangnya berada di rumah.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua beradik terbabit kerana mangsa dan suspek sering bergaduh di rumah mereka.

"Namun motif kejadian pergaduhan itu belum dapati dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Kalsom berkata, tiada sanjata yang ditemui di tempat kejadian namun polis merampas dua bentuk cincin yang dipakai suspek.

"Mangsa yang menerima rawatan akibat parah di HQE II disahkan meninggal dunia jam 10.30 malam Sabtu lalu.

"Suspek kini direman dan ujian air kencing mendapati suspek negarif daripada dadah," katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.