Terpaksa mencuri nak biaya kahwin anak

 M Toyib diberkas polis unit jenayah Tegalsari semalam.
M Toyib diberkas polis unit jenayah Tegalsari semalam.
A
A
A

KOTA SURABAYA - Seorang bapa di Tegalsari, Surabaya di Indonesia memberi alasan terpaksa mencuri demi membiayai perkahwinan anak keduanya.

Lelaki terbabit, M Toyib, 49, dicekup polis dalam operasi membanteras jenayah sekitar Tegalsari semalam.

Polis berkata, lelaki terbabit menjadikan pemilik skuter sebagai sasaran kerana gemar menyimpan barangan berharga di ruang penyimpanan motosikal terbabit.

"Anak saya bernikah bulan depan... perlu wang empat juta rupiah.

"Selebihnya untuk membayar hutang dan beli arak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Tegalsari, Rendy Surya Aditama berkata, pelaku ditahan selepas wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) semasa mencuri berhampiran sebuah kedai menjual buah.

"Suspek diberkas selepas empat jam laporan dibuat mangsa.

"Semasa ditahan, dia masih memakai pakaian sama seperti dirakam CCTV," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, suspek adalah 'orang lama' dalam dunia jenayah kecil-kecilan di Surabaya. - Agensi