'Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati, bukan kahwin lain' - Anzalna

Anzalna Nasir - Foto IG Anzalna
Anzalna Nasir - Foto IG Anzalna
A
A
A

PELAKON, Anzalna Nasir menyuarakan pendapatnya berhubung isu poligami tular membabitkan abang Tesla.

Anzalna menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyatakan jika seorang suami menyayangi isterinya, cukuplah dengan cara menjaga perasaan bukannya berkahwin dua.

“Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam reda tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu.

“Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan bukan dengan mengahwini perempuan lain. Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta!

“Balas lah yang sama, hargailah isteri, kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan. Awas @hanif_zaki” tulisnya sambil memberi amaran kepada suaminya, Hanif Zaki.

Dalam pada itu, Anzalna juga berpesan kepada suaminya jangan sesekali memasang niat untuk beristeri dua.

“Tiba-tiba buka album kahwin sebab nak ingatkan @hanif _zaki berapa dia spent untuk berkahwin dengan I dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral! hahahhah.

“Tak payah sibuk nak beristeri dua! I pun you tak boleh nak handle! hahahhahahahahhahhaha Emosi lah bila tengok benda viral suami tak hargai isteri!,” coretnya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.

Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial. - Gempak