Isu CLC dibincang dalam jawatankuasa khas Malaysia-Indonesia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu Community Learning Centre (CLC) dan Pusat Pembelajaran Alternatif akan dibincangkan secara berasingan dalam sebuah jawatankuasa khas antara Malaysia dan Indonesia.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, ia antara perkara yang dimuktamadkan dalam memorandum persefahaman bidang pendidikan melibatkan kedua-dua negara.

"Menyedari kepentingan pendidikan untuk semua, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah mencadangkan agar isu CLC dan Pusat Pembelajaran Alternatif dibincangkan secara berasingan dalam sebuah jawatankuasa khas di antara Malaysia dan Indonesia bagi mempergiat usaha Malaysia dalam menyokong aspirasi Pendidikan Untuk Semua yang digariskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena anak-anak Indonesia tanpa dokumen di Malaysia

"Dari aspek pengantarabangsaan pendidikan tinggi menerusi usaha penubuhan kampus satelit di kedua-dua buah negara, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Prof Dr Muhadjir Effendy berjanji akan membawa hasrat tersebut pulang ke Indonesia untuk dibincangkan secara lanjut," kata kenyataan itu.

Semalam, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berharap kerajaan Malaysia membenarkan pembinaan CLC di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, Rusdi berkata, beberapa CLC dibenarkan dibina di Sabah dan Sarawak.

“Kalau di Sabah dan Sarawak, mereka berikan kesempatan kepada kami (pemerintah Indonesia) untuk bina sekolah CLC. Sayangnya, di Semenanjung belum boleh lagi.

Artikel Berkaitan:

"Kita harapkan kerajaan Malaysia beri keizinan untuk bina sekolah itu di Semenanjung,” katanya pada majlis sesi ramah mesra bersama media Malaysia di Kedutaan Besar Indonesia di sini semalam.