X

Kindly register in order to view this article
!

Pertandingan Tilawah al-Quran, azan dalam talian tarik lebih 21,000 penyertaan

A
A

RIYADH - Lebih 21,000 peserta dari 162 negara memohon menyertai dua pertandingan keagamaan berprestij diadakan secara dalam talian, lapor Arab News.

Dilancarkan awal tahun ini oleh pengerusi Lembaga Hiburan Umum (GEA) Arab Saudi, Turki Al-Sheikh, pertandingan tilawah al-Quran dan azan itu menawarkan hadiah bernilai SR7 juta (RM7.7 juta) kepada pemenang.

Inisiatif itu bertujuan menonjolkan kepelbagaian budaya dan meningkatkan imej Islam di peringkat antarabangsa.

Mereka yang berminat boleh mendaftar sehingga akhir Julai.

Menurut GEA setakat ini lebih 11,000 penyertaan diterima untuk tilawah al-Quran dan sekurang-kurangnya 9,000 untuk pertandingan azan.

Pertandingan dibahagikan kepada beberapa fasa dengan peringkat pertama melibatkan penerimaan video dihantar oleh para peserta ke laman web anugerah bermula 24 Julai hingga 23 Ogos, peserta dipilih akan disenarai pendek.

Persembahan secara langsung menerusi penstriman pula berlangsung dari 24 Ogos hingga 24 September, senarai pemenang akan diumum mulai 25 September hingga 25 Oktober.

Pemenang tilawah al-Quran akan menerima hadiah wang tunai SR5 juta (kira-kira RM5.5 juta) dan pemenang azan bakal membawa pulang SR2 juta (kira-kira RM2.2juta).

Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut mengenai terma dan syarat penyertaan layari https://quranathanawards.com. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!