'Kita kesian dekat Azmin, dia tengah tertekan'

Shamsul Iskandar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta semua pihak berhenti berspekulasi wujudnya pergolakan dalaman parti itu.

Menurutnya, tiada isu perpecahan kem antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan tersebarnya siri video intim yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pergolakan? Presiden (Anwar) kata tidak ada pergolakan. Presiden saya Anwar, Timbalan Presiden, Azmin. Jadi, tak ada isu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya ada tengok cermin pagi tadi, seloroh Anwar

28 pemimpin PKR tegur Anwar

“Tapi kepada 28 pimpinan PKR yang menandatangani kenyataan bersama itu, saya pesan, simpan kekuatan kamu, biar masa tentukan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Timbalan Menteri Industri Utama itu juga mengingatkan agar menghormati Mohamed Azmin yang sedang berdepan masa-masa sukarnya ketika ini.

"Kita kesian dekat Azmin, dia tengah tertekan," katanya.

Shamsul Iskandar bagaimanapun, enggan memberi kata putus mengapa beliau beralih arah daripada kumpulan Mohamed Azmin kepada pasukan Anwar.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia