28 pemimpin PKR tegur Anwar

Anwar
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seramai 28 pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk empat ahli Parlimen mendesak Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah-belahkan parti.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan pagi ini, mereka sebulat suara akan bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di samping meminta Anwar mengukuhkan perpaduan anggota parti demi keutuhan PKR, Pakatan Harapan (PH) dan negara.

Berikut adalah kenyataan penuh dan senarai nama 28 pemimpin yang terlibat.

HENTIKAN USAHA MEMECAHBELAHKAN PARTI

Ketika menjawab soalan wartawan di Parlimen semalam, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali harus meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video intim yang menjadi persoalan dibuktikan.

Kami tegas berpendirian bahawa kenyataan tersebut tidak berasas

kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata.

Presiden sewajarnya memberikan kepimpinan yang jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin.

Beliau juga harus fokus kepada perlakuan jenayah konspirator yang telah secara terancang menularkan video intim yang jijik dengan niat jahat.

Kita hairan kerana ketika video fitnah ini ditularkan, beliau telah

mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan mengatakan bahawa YB Dato’ Seri Mohamed Azmin tidak perlu melepaskan jawatannya.

Justeru, berdasarkan penafian tegas YB Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan hal ini, Presiden sewajarnya

mempertahankan Timbalan Presiden demi memelihara muafakat utuh KEADILAN dan tidak sama sekali cuba menggasir kedudukan Timbalan Presiden dalam Kerajaan tanpa sebarang asas yang kukuh.

1.Presiden wajar menyorot kembali asas perjuangan reformasi di mana seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh

mempertahankan beliau dari fitnah jahat yang menggunakan fitnah dan video intim sebagai alat politik biarpun pada tahun 2011, ketika itu Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video intim tersebut adalah tulen.

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin secara konsisten telah mempertahankan beliau dan keluarganya selama lebih 20 tahun daripada semua tuduhan ‘gutter politics.’

Maka, kami ingin menegaskan bahawa KEADILAN wajib berdiri teguh dan konsisten menentang politik kotor yang digunakan dalam komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden.

Kami akan bersama YB Dato’ Seri Mohamed Azmin dan mana-mana pimpinan lain sekiranya mereka diserang dengan cara yang tidak bermoral seperti ini.

Kami menggesa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden

KEADILAN untuk berhenti dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belah kesatuan parti.

Kami menyeru Presiden untuk segera menggembeling perpaduan anggota demi keutuhan KEADILAN, Pakatan Harapan dan negara yang tercinta ini.

Kenyataan dibuat oleh Ahli - Ahli Majlis Pimpinan Pusat:

1. Zuraida Kamaruddin - Naib Presiden

2. Dr. Xavier Jayakumar – Naib Presiden

3. Chua Tian Chang - Naib Presiden

4. Ali Biju - Naib Presiden

5. Haniza Talha - Ketua Wanita / Ahli MPP

6. Datuk Seri Dr. Santhara - Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP

7. Amirudin Shari - Ahli MPP

8. Datuk Rashid Hasnon - Ahli MPP

9. Sivarasa Rasiah - Ahli MPP

10. Rahimah Majid - Ahli MPP

11. Elizabeth Wong - Ahli MPP

12. Datuk Saifuddin Abdullah - Ahli MPP

13. Zakaria Abdul Hamid - Ahli MPP

14. Mohd Radzlan Jalaludin - Ahli MPP

15. Datuk Dr. Mansor Othman - Ahli MPP

16. Datuk Kamarudin Jaafar - Ahli MPP

17. Azmizam Zaman Huri - Ahli MPP

18. Gan Pei Nei - Ahli MPP

19. Hee Loy Sian - Ahli MPP

20. Lee Kai Loon - Ahli MPP

21. Baru Bian – Ahli MPP / Pengerusi MPN Sarawak (MP)

22. Dr Daroyah - Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP

23. Muhammad Hilman Idham - Timbalan Ketua AMK / Ahli MPP

Ahli - Ahli Parlimen:

1. Steven Choong - Ahli Parlimen Tebrau

2. Jonathan Yasin - Ahli Parlimen Ranau

3. Willy Mongin - Ahli Parlimen Puncak Borneo

4. Maria Chin Abdullah - Ahli Parlimen Petaling Jaya

5. Chan Ming Kai - Ahli Parlimen Alor Setar


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia