Kes anggota trafik tembak remaja: Polis tunggu keputusan

Zainuddin (dua, kiri) menerima replika kunci kereta daripada wakil Spanco, Norazmi Abd Sani di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.
Zainuddin (dua, kiri) menerima replika kunci kereta daripada wakil Spanco, Norazmi Abd Sani di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis masih menunggu keputusan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan negeri berhubung kes anggota trafik yang didakwa menembak seorang remaja sehingga cedera baru- baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, beberapa cadangan juga dibuat dan keputusan bergantung kepada pihak berkenaan.

"Mungkin dia ada buat 'counter proposal' dengan cadangan yang lain untuk tindakan lanjut dan sebagainya.

"Apa pun kita hanya tunggu dan Insya- ALLAH dalam masa terdekat kita akan dapat tahu keputusannya," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan (Proton Persona) daripada Spanco kepada PDRM kontinjen Kedah di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Pada majlis itu IPK Kedah menerima 46 kereta jenis Proton Persona daripada Spanco bagi menggantikan Proton Preve yang telah masuk lima tahun penggunaannya pada tahun ini.

Zainuddin berkata, secara keseluruhannya IPK Kedah dijadualkan menerima 59 kenderaan dan baki 13 kereta lagi akan diterima dalam fasa kedua di Kuala Lumpur.

"Penggantian kereta ini juga dapat membantu kerajaan menjimatkan kos berjumlah RM1.47 juta melalui sewaan kereta yang lebih murah," katanya.

Artikel Berkaitan: