Wanita cedera gas di rumah meletup

Keadaan kediaman mangsa akibat letupan gas di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
Keadaan kediaman mangsa akibat letupan gas di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita cedera selepas berlaku letupan gas di kediamannya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Razali Husin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 7.36 pagi.

Menurutnya, tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, telah berlaku satu letupan gas mengakibatkan kerosakan kepada pintu dan tingkap kaca rumah pada bahagian dapur, ruang tamu dan bumbung rumah tersebut.

"Terdapat seorang mangsa wanita yang tercedera akibat daripada letupan dan telah dibawa ke hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi," katanya di sini hari ini.

Razali berkata, pihaknya mendapati tiada apa-apa kesan kebakaran yang ada di dalam rumah tersebut.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

"Identiti mangsa serta pergerakan ke hospital tidak diketahui," katanya.

Artikel Berkaitan: