Bot meletup: Dua kru, lapan penumpang cedera

Penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan lanjut.
A
A
A

MERSING - Seramai 10 penumpang cedera selepas bot yang mereka naiki untuk ke Pulai Aur meletup di bahagian lantai pada kedudukan lebih kurang 7.6 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil, kira-kira jam 11.50 pagi Selasa.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, mangsa terdiri daripada empat lelaki dan enam wanita berusia dalam lingkungan 32 hingga 48 tahun.

"Dua mangsa wanita mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki, manakala seorang mangsa lelaki cedera parah pada bahagian dan belakang pinggang.

"Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kaki terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki, manakala dua orang kru bot hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Suhaizan memberitahu kesemua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dipindahkan ke bot Perkasa 44 serta bot awam yang berada berhampiran lokasi kejadian.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Mersing bagi menerima rawatan lanjut.

"Punca sebenar letupan berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya.

Artikel Berkaitan: