UMNO, Pas tingkat kerjasama rampas kerusi PH

Jahaya (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kiri) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di Dewan Dato Seri Dr Abu Hassan Omar Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.
Jahaya (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kiri) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di Dewan Dato Seri Dr Abu Hassan Omar Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - UMNO Bahagian Kuala Selangor yakin kerjasama yang dijalin antara parti itu dengan Pas mampu merampas semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN di Parlimen berkenaan.

Ketuanya, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, penggabungan dua parti terbesar Melayu itu mampu mengembalikan kemenangan dalam PRU15.

Katanya, kekalahan UMNO bahagian itu bukan kerana parti itu tidak kuat, tetapi disebabkan timbulnya isu sabotaj calon pada PRU14 lalu.

"Kita dah kenal pasti siapa yang sabotaj dan saya secara peribadi dah berjumpa dan berbincang untuk kita kembali bekerjasama dalam satu pasukan," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di Dewan Dato Seri Dr Abu Hassan Omar Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.

Jahaya berkata, kekalahan UMNO memberi pengajaran berguna kepada semua ahli parti dan buktinya sebanyak 80 daripada 83 cawangan Umno Bahagian hadir pada mesyuarat perwakilan hari ini.

"Kita nak bangun daripada kekalahan walaupun tanpa dana, jawatan asalkan kita hendak menang pada PRU15 akan datang," katanya.

Malah katanya, perpaduan ummah yang dibina antara UMNO bahagian itu diharap berterusan bukan hanya untuk PRU15 tetapi untuk selamanya.

"Di peringkat UMNO Bahagian Kuala Selangor, kita mempunyai semangat yang kuat bersama Pas dan kerjasama ini amat berjaya.

Artikel Berkaitan:

"Saya penuh yakin, jika kita terus berjuang kerusi PH di kerusi Parlimen dan DUN dapat kita rampas," katanya.